SAINS PERTANIAN TINGKATAN 5 BAB 1 TEMA SISTEM PENCERNAAN HAIWAN TERNAKAN

No 6
Lampiran 1 – nota guru
NOTA GURU TERPERINCI
Set Induksi
1 – Penayangan video haiwan ternakan.
• Memaparkan gambar-gambar ternakan melalui video.
2 – Sesi soal jawab dan penerangan mengenai perkaitan di antara video dan isi pembelajaran.
Kandungan dalam Induksi
• Memperkenalkan jenis-jenis haiwan ternakan.
• Menerangkan Jenis-jenis haiwan ternakan
• Menerangkan elemen yang terdapat dalam video dan perkaitan dengan sistem pencernaan.
• Penerangan
Isi Penerangan dalam Induksi
• Setiap haiwan mempunyai sistem pencernaan yang berbeza-beza.
• Sistem pencernaan terbahagi kepada dua bahagian.
• Pertama ialah sistem ruminan.
• Kedua ialah sistem bukan ruminan.
• Kedua-dua sistem ini mempunyai perbezaan dalam proses pencernaan.

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Maklumkan Objektif Pembelajaran- – Menerangkan objektif pembelajaran.

3- Mengenalpasti struktur sistem percernaan ruminan dan bukan ruminan.
Kandungan :
Mengenal pasti sistem pencernaan haiwan bukan ruminan.
– Esofagus
– Rumin
– Retikulum
– Omasum
– Abomasum
– Pankreas
– Hati
– Pundi hempedu
– Usus kecil
– Kolon
– Sekum
– Usus Besar
– Rektum
– Dubur

Mengenal pasti sistem pencernaan haiwan ruminan.
– Paruh
– Esofagus
– Tembolok
– Proventikulus
– Hempedal
– Usus
– Sekum
– Kloaka

4-Membandingbeza sistem percernaan haiwan ruminan dan bukan ruminan.
RUMINAN BUKAN RUMINAN
• Haiwan yang memuntahkan (regurgitasi) makanan dari perut ke mulut secara berulang kali. • Pengaliran makanan mengikut saluran dan tidak berulang. (tiada regurgitasi)
• Mempunyai 4 perut;
-Rumen
-Omasum
-Retikulum
-Abomasum • Mempunyai 1 perut :
-Proventikulus
• Dapat mensintesis vitamin B Kompleks dan K dangan bantuan mikrob. • Vitamin B Kompleks dan K perlu diperoleh daripada makanan tambahan.
• Proses pencernaan sebenar berlaku di abomasums. • Proses pencernaan sebenar berlaku di dalam usus.

INPUT PENGAJARAN
Input pengajaran yang disampaikan oleh guru akan disampaikan dalam bentuk lima perkara.
• Maksud
• Contoh
• Sistem Pencernaan
• Organ dan fungsi
• Anologi

5 Maksud Pencernaan
• Pencernaan ialah satu proses penguraian bahan makanan daripada bentuk kasar kepada bentuk yang mudah diserap oleh sel haiwan.
• Proses ini melibatkan aktiviti mekanikal, kimia dan mikrob.
• Aktivit makanikal- Melibatkan pengunyahan makanan dan gerakan peristalsis usus untuk memindahkan makanan.
• Aktiviti kimia – Melibatkan tindak balas enzim untuk makanan
• Aktiviti mikrob – Melibatkan proses fermentasi mikrob untuk menghasilhan protein, vitamin dan tenaga.
• Setiap haiwan mempunyai sistem pencernaan yang berbeza-beza.
• Sistem pencernaan terbahagi kepada dua bahagian.
• Pertama ialah sistem ruminan.
• Kedua ialah sistem bukan ruminan.
• Kedua-dua sistem ini mempunyai perbezaan dalam proses pencernaan.
• Kami akan menunjukkan contoh jenis-jenis haiwan di dalam bentuk video.
6 – Organ Sistem Pencernaan

Organ Sistem Pencernaan Ruminan

Organ Sistem Pencernaan Bukan Ruminan.

7-Fungsi Organ
Rumen
• Merupakan perut yang terbesar.
• Apabila makanan ditelan makanan ini akan disimpan di dalam rumen.
• Makanan yang disimpan ini akan menjalani proses fermentasi (selulosa) menghasilkan protein dan vitamin.

Retikulum
• Organ pencernaan yang menyimpan air yang diminum oleh ternakan ruminant.
• Cecair di dalam retikulum digunakan untuk membasahkan bahan makanan supaya memudahkan regutasi atau pemuntahan bahan cerna ke dalam mulut untuk dikunyah.
• Retikulum juga memisahkan bahan makanan kasar supaya tidak memasuki omasum.

Omasum
• Organ pencernaanyang menyimpan bahan makanan yang telah dikunyah halus dan ditelan.
• Di dalam omasum makanan yang masih kasar diasingkan supaya tidak dapat memasuki abomasums digaul sehingga sebati dan air dalam bahan makanan tersebut diserap semula.

Abomasum
• Merupakan perut sebenar kerana proses pencernaan yang sebenar berlaku di dalamnya, Abomasum mengeluarkan asid hidroklorik, enzim pepsin dan rennin.
• Asid hidroklorik digunakan untuk membunuh bakteria dan protozoa yang menganggu fungsi tubuh.
• Enzim pepsin memangkin hidrolisis protein kepada polipetida.
• Enzim rennin membantu menguraikan susu.

Contoh Organ Haiwan Bukan Ruminan
Fungsi Organ
Paruh
• Mematuk makanan
• Kanji ditukarkan kepada gula menggunakan enzim pitalin.

Esofagus
• Menyalurkan makanan ke tembolok

Tembolok
• Menyimpan sementara makanan

Proventikulus
• Asid hidroklorik – membunuh mikrob
• Enzim menukar protein kepada peptida dan polipeptida

Hempedal
• Mengisar makanan

Usus
• Kanji ditukarkan kepada maltosa dengan menggunakan enzim invertase.
• Peptida ditukarkan kepada asid amino dengan menggunakan enzim tripsin.
• Lemak ditukarkan asid lemak dal gliserol dengan menggunakan enzim lipase.
• Serap zat makanan.

Sekum
• Mengumpulkan bahan tidak cerna.

Kloaka
• Keluarkan tinja